"... bahawa helikopter tentera Westland Lynx pada asalnya dibangunkan sebagai pesawat utiliti bagi kegunaan awam?"
"... bahawa Windows Mobile direka untuk menjadikannya kelihatan serupa dengan versi biasa Windows dari segi estetik?"
"... bahawa ketinggian alat muzik organ boleh sampai sehingga lima tingkat?"
"... bahawa risiko operasi ialah risiko kerugian akibat dari kegagalan atau kelemahan proses dalaman, manusia, atau sistem, atau akibat kejadian luar?"
"... bahawa England pernah tidak mempunyai raja apabila Charles II tidak diakui sebagai Raja England oleh Parlimen England?"
"... bahawa Jambatan Selat Sunda yang menghubungkan pulau Sumatera dan Jawa akan menjadi jambatan gantung yang terpanjang di dunia apabila pembinaannya dijangka siap pada tahun 2025?"
"... bahawa orang Kurdish merupakan satu-satunya bangsa yang tidak memiliki negara bangsa mereka sendiri?"
"... bahawa angin monsun mirip dengan bayu laut, cuma lebih besar dari segi skala, kekuatan dan bermusim?"
"... bahawa hutan bandar dapat menyeimbangkan cuaca tempatan, melengahkan angin dan air ribut, dan meneduhi rumah dan bangunan lain untuk menyimpan tenaga?"
"... bahawa selain untuk tebusan, penculikan sering juga dilakukan sebagai langkah awal bagi jenayah lain?"
"... bahawa persediaan Kavadi bermula 48 hari sebelum perayaan Thaipusam?"
"... bahawa pertunjukan udara merupakan satu acara di mana para juruterbang mempamerkan kemahiran terbang dan keupayaan pesawat mereka dalam aerobatik?"
"... bahawa dalam sistem Ayurveda, pencegahan penyakit mempunyai tempat berpengaruh dalam rawatan?"
"... bahawa terminal komputer ialah peranti perkakasan elektronik atau elektromekanik yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam dan memaparkan data dari komputer?"
"... bahawa kenderaan tempur berperisai kegunaan am yang berjaya, seperti M113, sering kali bertindak sebagai asas kepada keseluruhan keluarga kenderaan khusus?"
"... bahawa bunyi [p] tidak terdapat dalam 10% bahasa yang ada bunyi [b]?"
"... bahawa Wuduk Sahibul Jabirah membolehkan orang yang disimen kerana patang tulang atau dibalut kerana luka berwuduk?"
"... bahawa Naga Cina melambangkan kekuatan dan tuah, berbeza dengan Naga Eropah yang dianggap sebagai jahat?"
"... bahawa secara teori reka bentukenjin ledakan denyut mampu menghasilkan enjin dengan kecekapan lebih tinggi berbanding reka bentuk lain namun ia tidak praktik atau mustahil dilakukan?"
"... bahawa wartawan selalu juga 'mencipta' istilah baru tanpa disedari?"