Enjin pesawat
Penampilan
![](http://chped.net/https/upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/29/Ranger_L-440.jpg/220px-Ranger_L-440.jpg)
![](http://chped.net/https/upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3d/Le_Rhone_9C.jpg/220px-Le_Rhone_9C.jpg)
![](http://chped.net/https/upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a6/Allison_V-1710.jpg/220px-Allison_V-1710.jpg)
![](http://chped.net/https/upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9f/Radial_Engine.jpg/220px-Radial_Engine.jpg)
![](http://chped.net/https/upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/69/Turboprop_cutaway.jpg/220px-Turboprop_cutaway.jpg)
![](http://chped.net/https/upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/86/Allison_%28MTU%29_250_C20B.jpg/220px-Allison_%28MTU%29_250_C20B.jpg)
Enjin pesawat merupakan sebuah komponen dalam sistem dorongan untuk pesawat udara. Enjin pesawat hampir kebiasaannya sama ada enjin piston ringan atau turbin gas. Artikel ini akan memberi gambaran keseluruhan jenis-jenis asas enjin pesawat dan konsep rekabentuk yang digunakan dalam pembangunan enjin untuk pesawat.
Sejarah enjin pesawat[sunting | sunting sumber]
- 1633: Lagari Hasan Çelebi berlepas dengan menggunakan roket berbentuk kon, kemudian meluncur dengan menggunakan sayap dan berjaya mendarat dengan selamat.
- 1848: John Stringfellow membina enjin wap yang boleh menjana model, meskipun dengan beban yang kecil.
- 1903: Wright Bersaudara mengarahkan Charlie Taylor bagi membina enjin udara sebaris (12 kuasa kuda) untuk Wright Flyer.
- 1908: René Lorin mematenkan rekabentuk enjin ramjet.
- 1909: Enjin putar Gnôme ciptaan Roger Ravaud yang dipasang pada pesawat Henry Farman telah memenangi Grand Prix untuk penerbangan tanpa henti paling jauh - 180 kilometer (110 batu) - dan telah mencipta rekod dunia untuk penerbangan lasak.
- 1911: Enjin putar ciptaan Adams-Farwell dipasang pada pesawat kepak kaku di Amerika Syarikat.
- 1916: Auguste Rateau mencadangkan penggunaan pemampat berkuasa ekzos bagi menambahbaik prestasi di aras tinggi, ia merupakan contoh pertama pengecas turbo.
- 1930: Frank Whittle telah menghantar paten pertama beliau.
- 1938: Turbojet Heinkel HeS 3 Jerman memacu pesawat Heinkel He 118 ke udara.
- 1939-1942: Pesawat turboprop pertama di dunia Jendrassik Cs-1 telah direka oleh jurutera mekanik Hungary György Jendrassik.
- 1944: Messerschmitt Me 163 Komet, pesawat berkuasa roket pertama di dunia dibina.
- 1947: Pesawar berkuasa roket, Bell X-1 melepasi kelajuan bunyi.
- 1948: Enjin turboshaft pertama, berkuasa 100 shp 782. Pada 1950, rekaan ini digunakan bagi membangunkan enjin yang lebih besar, Artouste yang boleh menghasilkan kuasa sebanyak 280shp.
- 1949: Pesawat berkuasa ramjet pertama di dunia, Leduc 010 diterbangkan.
- 1950(late): Turbofan pengeluaran pertama di dunia, Rolls-Royce Conway mula digunakan.
- 1960s: TF39 turbofan bersaluran tinggi mula digunakan dan mampu memberi lebih tujahan dan kecekapan yang lebih baik.
- 1960s: Pesawar roket, X-15 terbang dengan ketinggian lebih dari 50 batu pada kelajuan 3,000 bsj.
- 2002: Scramjet HyShot terbang dalam menjunam.
- 2004: Hyper-X, scramjet pertama berupaya kekal pada ketinggian.