Pergi ke kandungan

Redza Rosli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Redza Rosli
رضزا روسلي
Redza pada 2017.
Kelahiran
Ahmad Redza bin Rosli

(1992-03-18) 18 Mac 1992 (umur 32)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2009–2010, 2013–kini
Ketinggian1.81 m (5 ka 11 in)
PasanganBella Hanna (k. 2024)

Ahmad Redza Rosli (Jawi: أحمد رضزا روسلي; lahir 18 Mac 1992) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau telah berlakon dalam sejumlah drama TV,[3] antaranya seperti M.A.I.D. (2015), Ku Kirim Cinta (2017), Isteri Untuk Diiktiraf (2018), Lelakimu Yang Dulu (2019), Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021), Bisik-Bisik Gelora (2022) dan Luruhnya Bunga Cinta (2023). Menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonannya, Redza telah memenangi kategori Pelakon Lelaki Popular di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Redza Rosli memulakan kerjaya lakonan pada 2009. Beliau melakonkan watak dirinya sendiri dalam drama Kamelia Katrina lakonan Miera Leyana. Pada tahun 2013, beliau membintangi drama Tanah Merah yang bersiaran di ntv7. Drama itu dibintangi oleh Aishah Hoo, Zara Zya, Norman Hakim, Wan Raja, Nazeera Sardi, Hakim Yazid dan ramai lagi.

Tonton telah melantik Redza sebagai duta pada 19 April 2017 bersama Ayda Jebat, Dato' Seri Vida dan ThomasJack.[4]

Beliau menjadi pelakon utama bersama Sharifah Rose dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dengan memegang watak sebagai Hadif Akashah, manakala Rose sebagai Hana Aralyn yang menjalin hubungan cinta selepas bertemu untuk menyelesaikan suatu misteri.[5]

Pada tahun 2022, beliau membintangi filem Operasi UFO dengan memegang watak Alif. Ini merupakan filem pertama lakonannya sejak beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2009.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan Rosli Hashim dan Norashikin Saifudin.[6]

Pada penghujung 2015, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan mengalami luka di bahagian muka, tangan dan kaki manakala kereta yang dipandunya pula mengalami kerosakan yang teruk.[1][7] Pada akhir 2016, beliau mengalami kecederaan tulang belakang ketika penggambaran telefilem Cikgu Dina Pakai Prada di sebuah sekolah.[1]

Beliau berkahwin dengan pelakon, Bella Hanna pada 21 Jun 2024. Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta.[8][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Operasi UFO Alif Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Kamelia Katrina Redza Astro Ria Drama pertama
2013 Tanah Merah ntv7
2014 Lembayung Kasihmu TV2
#Antidot Dr. Reza TV3
2015 Silir Kasih Epul TV2
Stella Roy TV9
Puteri Bukan Nama Sebenar Sani TV3
Maria Terindah Fahad Unifi TV
M.A.I.D Ashraf Astro Ria
2016 Kak Marr Zolkifli TV3
Seindah Takdir Cinta Adrian
Amsyar Shahrul TV9
2017 Meh Sandar Pada Aku Adam Naufal TV3
Ku Kirim Cinta Farhan
Kisah Dari Mekah Astro Oasis
2018 Isteri Untuk Diiktiraf Tengku Wildan TV1
2019 Plan Cinta Nizam TV3
Leftenan Zana Kapten Haniff
BOMBA Hero 2 Hairi TV2
Lelakimu Yang Dulu Nazli TV3
2020 Seadanya Aku Taufik
Rindu Yang Terindah Hazill Wafiy
Misteri Mona Dr. Nadeem TV3
2021 Tak Sempurna Mencintaimu Mustaqim
Ramadhan Pertama Edi Edi Astro Ria
Kekasih Hati Mr Bodyguard Hadif Akashah TV3
2022 Bunga Hati Amer Astro Ria
Juliet Ashraf TV1
Bisik Bisik Gelora Jad Izzuddin TV3
Hati Tanpa Rasa Naufal Nidham
2023 Kerasnya Takdir Syed Munir
Aku Yang Kau Sakiti Raikal
Luruhnya Bunga Cinta Nuh Adrian
2024 Wanita Syurga Amar Ilhami
Dedaun Hijau Di Angin Lalu Assad Effendi Astro Ria
Luruhnya Bunga Cinta 2 Nuh Adrian TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Nama Aku Beng Johan Astro Ria
2014 Hantu Selfie Reza
Kalam Cinta TV AlHijrah
2015 Anak Imam Argentina Haikal TVi
Hantu Wefie Reza Astro Ria
Jalan Singkat ke Syurga Fahmi Astro Oasis
Hidup Raikal Astro Ria
Kubur Berdarah Ray
2016 Panggilan Subuh Fareeq TV9
Mek Kelate Redza TV3
Batu Nisan Ibu Badrul
Jatuh Cinta Buta Izlan Astro Ria
Isteri vs Tunang Raya Rayyan
Kak Marr Raya Zolkifli TV3
Ustaz Baru Nak Start Mujahidin Astro Ria
Cikgu Dina Pakai Prada Hakim TV9
2017 Di Pintu Syurga Farish TV3
Dosa Perempuan Nik
Fatonah Azali Azali
2018 Gerabak Cinta Khairul
Di Penghujung Sujud Arif
Istana Firdaus Kamal
Mimpi Sumi Asyar ntv7
Janin Razak Astro Citra
Sesaat Bahagiaku Rizal ntv7
2019 Suluhkan Aku Cahaya Syarif TV3
Aku Bukan Bidadari Amri
Mr Stailista Izzul TV1
2020 Waiduri Di Sebalik Pintu
Tuhan Lebih Tahu Aku TV Okey
Derai Bahar TV3
2021 Aku Bukan Malaikat Amri TV1
2022 Appa Ibrahim TV Okey
Oh My Vaksin Izzue TV3
Survival 486 Rayyan Astro Citra
Sempurna Mencintaimu Taqim TV3
Syurga Noah Noah TV9
2023 Bisik-Bisik Gelora Raya Jad Izzuddin TV3
Sempurna
TBA Wanita Syurga The Movie Amar Ilhami
Wanita Syurga Raya

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Ye Ke? Artis Jemputan TV3 Episod 8
2017 Ketuk - Ketuk Ramadan TV1

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–29
Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2017
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Baru Terbaik Seindah Takdir Cinta Menang
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Ayda Jebat) Tercalon
Anugerah Skrin ke–22
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Fatonah Azali Tercalon
2023
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023
Pelakon Lelaki Popular Kekasih Hati Mr Bodyguard Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kenneth Chaw (3 Mac 2017). "Redza Rosli, the bad guy from TV". Star2. Dicapai pada 19 Oktober 2017.
  2. ^ Loong Wai Ting (17 November 2016). "Star chat: Anugerah Skrin 2016 nominees, actors Redza Rosli and Nina Iskandar". New Straits Times. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (22 April 2021). "Bertuah sungguh Redza..." Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  4. ^ "Ayda Jebat & Redza Rosli Duta Terbaru tonton". Tonton Extra. 19 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2017. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  5. ^ Zaara Talita (3 November 2021). "Mana ada cinta lokasi". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Jun 2024). "Redza sebak berkahwin dan jadi ketua keluarga". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2024.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (22 Disember 2015). "Pelakon Redza Rosli cedera kereta terbabas". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2020.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Jun 2024). "Redza Rosli dan Bella Hanna kini suami isteri". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2024.
  9. ^ Aqmar Mustaza (21 Jun 2024). "Redza Rosli kini milik Bella Hanna". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Jun 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]