Pergi ke kandungan

Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
GenreDrama
Melodrama
Keluarga
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanAdakah Kau Pasti - Keka Nizam
Lagu penutupSemua Tentangmu - Sufian Suhaimi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Muhammad Haziq Mazelan
  • Muhammad Haiqal Mazelan
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
SR One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal1 Julai 2024 – Kini
Kronologi
MengikutiCinta Untuk Sekali Lagi

Dedaun Hijau Di Angin Lalu ialah sebuah siri drama televisyen melayu arahan Jamal Khan. Dibintangi oleh Redza Rosli dan Harissa Adlynn. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 1 Julai 2024 menggantikan Cinta Untuk Sekali Lagi.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Intan dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya. Dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.

Assad pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.

Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.

Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji.

Sedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.

Dan kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

Akan diumumkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]