Pergi ke kandungan

Trường Chinh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Trường Chinh (bahasa Vietnam: [ʈɨ̂əŋ ciŋ̟], dilahirkan sebagai Đặng Xuân Khu; 9 Februari 1907 – 30 September 1988) merupakan seorang pemimpin politik komunis, revolusioner, dan teoretikus Vietnam. Beliau adalah salah satu tokoh utama dalam politik Vietnam dan pemimpin penting selama lebih dari 40 tahun. Beliau memainkan peranan utama dalam gerakan anti-kolonialisme Perancis dan akhirnya, selepas beberapa dekad peperangan di Vietnam, rakyat Vietnam menumpaskan kuasa kolonial.[1] Beliau adalah pemikir utama Parti Komunis yang menentukan arah gerakan komunis, terutamanya dalam gerakan anti-kolonialisme Perancis. Selepas deklarasi kemerdekaan pada September 1945, Trường Chinh memainkan peranan penting dalam membentuk politik Republik Demokratik Vietnam (DRV) dan mencipta struktur sosialis Vietnam yang baru.[2]

Semasa tempoh peralihan di Vietnam antara 1941 dan 1956, Trường Chinh adalah Setiausaha Agung Parti Komunis serta pemimpin sebenar parti komunis dalam merancang dan melaksanakan strategi. Pada tahun 1956, selepas kegagalan program Reforma Tanah, beliau digugurkan dari jawatan Setiausaha Agung dan mempunyai kuasa yang kurang. Hồ Chí Minh memilih Lê Duẩn untuk menggantikan beliau sebagai Setiausaha Agung dan beliau menjadi orang paling berkuasa selepas tahun 1960-an.[3] Walau bagaimanapun, Trường Chinh tetap menjadi kekuatan berpengaruh dalam Parti semasa Perang Indochina Kedua dan selepas penyatuan semula Vietnam; beliau menjadi Pengerusi Majlis Negara Vietnam dari tahun 1960 hingga 1981 dan ketua negara Vietnam dari tahun 1981 hingga 1987 sebagai Presiden ke-3 Vietnam. Selepas kematian Lê Duẩn pada tahun 1986, beliau menggantikan Duẩn sebagai pemimpin parti teratas. Peranan terakhir beliau adalah untuk meneruskan pembaharuan Đổi Mới yang masih memberi kesan kepada Vietnam hingga hari ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stein Tonesson, Vietnam 1946: How did the War Began (Berkeley: University of California Press, 2010), m/s. 20.
  2. ^ Vo Nguyen Giap, People’s War People’s Army (Ha Noi: The Gioi Publisher, 2004), m/s. 33-139; John R Nordell, The Undetected Enemy: French and American Miscalculations at Dien Bien Phu, 1953 (Texas: Texas A&M University Press, 1995), m/s. 65-73.
  3. ^ Tuong Vu, Vietnam's Communist Revolution: The Power and Limits of Ideology (New York: Cambridge University Press, 2017), m/s. 130-138.