Pergi ke kandungan

Tangkai daun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daun pokok mawar anjing (Rosa canina) yang bertangkai dan berjentu dengan lima anak daun.

Dalam botani, tangkai daun mencantumkan sehelai daun pada batang dahan pokok.[1][2]:171 Tangkai-tangkai ini mampu memusingkan daun agar menghadap sinaran cahaya matahari. Dedaun banyak spesies tumbuhan disusun tangkai-tangkainya dalam pelbagai bentuk.

Bahagian yang tumbuh dari setiap sisi tangkai daun pada sesetengah spesies disebut stipul. Daun yang tidak bertangkai adalah sesil atau "apetiolat".[perlu rujukan]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Tangkai daun rhubarb tuaian dengan lai daun tercantum
Pulvina pada kededua hujung tangkai daun Elaeocarpus multiflorus

Tangkai daun ialah tangkai yang mencantumkan daun ke batang tumbuhan. Pada daun yang berpetiol, tangkai daun boleh jadi panjang, macam pada daun seleri dan rhubarb, ataupun pendek. Apabila sepenuhnya tiada, lainya tercantum terus pada batang dan disebut sesil. Daun subpetiolat mempunyai daun yang sungguh pendek, dan boleh jadi sesil.[2]:157 Keluarga broomrape Orobanchaceae ialah contoh keluarga dengan daun yang selalu sesil.[3]:639 Dalam kumpulan lain tumbuhan, semacam speedwell genus Veronica, daun yang berpetiol dan sesil boleh jadi ada pada spesies berlainan.[3]:584

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Petiole datang daripada Latin petiolus, atau peciolus "kaki kecil", "batang". Mimitan umum pediculus turut dipakai untuk "tangkai kaki"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beentje, H. (2010). The Kew plant glossary. London: Kew Publishing. m/s. 87. ISBN 9781842464229.
  2. ^ a b Mauseth, James D (2003). Botany: An Introduction to Plant Biology. Jones & Bartlett Learning. ISBN 0-7637-2134-4.
  3. ^ a b Stace, C. A. (2010). New Flora of the British Isles (ed. Third). Cambridge, U.K.: Cambridge University Press. ISBN 9780521707725.