Pergi ke kandungan

Menara Ostankino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menara Ostankinskaya
Останкинская телебашня
menara Ostankino pada Jun 2021
Map
Lokasi di Moskow
EtimologiOstankinsky District (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di duniadari 1967 hingga 1974[I]
Didahului olehBangunan Empire State
Diatasi olehCN Tower
Maklumat umum
StatusSiap
JenisPemerhatian, telekomunikasi, pelancongan
LokasiMoscow, Rusia
NegaraRusia dan Kesatuan Soviet Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat55°49′11″N 37°36′42″E / 55.81972°N 37.61167°E / 55.81972; 37.61167Koordinat: 55°49′11″N 37°36′42″E / 55.81972°N 37.61167°E / 55.81972; 37.61167
Pembinaan bermula1963
Disiapkan pada1967
Dirasmikan pada1968 Sunting nilai ini di Wikidata
PemilikPerusahaan kesatuan Rangkaian Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia
Maklumat ketinggian
Tinggi540.1 m Sunting nilai ini di Wikidata
Menara antena540.1 m (1,772.0 ka)
Bumbung385.4 m (1,264.4 ka)
Tingkat teratas360.4 m (1,182.4 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat120 (bersamaan)
Keluasan tingkat15,000 m2 (160,000 ka2)
Lif/mesin pengangkat11[1]
Keluasan permukaan15,000 m² Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekNikolai Nikitin (en) TerjemahMoisey Abramovitsj Sjkoed (en) TerjemahDmitri Ivanovich Burdin (en) TerjemahLeonid Batalov (en) TerjemahLev Nikolaevitsj Sjtsjipakin (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Jurutera penstrukturanNikolai Nikitin
Tapak web
http://www.tvtower.ru/ Sunting nilai ini di Wikidata
Telegram: ostankino_tvtower Sunting ini di Wikidata
Rujukan
[2][3]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menara Ostankino (Rusia: Останкинская телебашня) adalah sebuah menara televisyen dan radio yang terletak di Moscow, Rusia. Menara setinggi 540 m ini direka oleh Nikolai Nikitin. Pembangunannya dimulai pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1967. Menara ini memegang rekod struktur bangunan tertinggi di dunia untuk satu dekad, sehinggalah Menara CN siap dibina di Toronto, Kanada. Walau begitu, sehingga tahun 2005 Menara Ostankino masih memegang rekod yang sama untuk daerah Eurasia.

Pada tahun 2003, media memberitakan bahawa antena baru sudah dipasang, menambah tinggi menara sampai 577 m. Namun tinggi antena yang baru ternyata sama dengan yang lama. Rencana untuk antena baru yang lebih tinggi sudah dipertimbangkan tetapi belum ada sumber dana. Bagaimanapun, Menara Ostankino hampir pasti kehilangan statusnya walaupun antena baru dipasang, kerana Menara Rusia yang sedang dibina dijangkakan akan mencapai 612 meter.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Menara Ostankino terbakar pada Ogos 2000

Menara Ostankino mengalami kebakaran pada 27 Ogos 2000, mengorbankan tiga orang. Selain itu, isyarat televisyen dan radio untuk lebih dari 18 juta orang di Moscow dan sekitarnya terganggu. Api muncul pertama kali sekitar 98 m di atas geladak pemerhatian dan restoran Seventh Heaven. Kebakaran ini menyebabkan pemindahan seluruh pengunjung dan kakitangan dari lokasi, yang selesai dalam waktu 90 minit dari munculnya api. Disebabkan oleh alat-alat elektronik di menara ini sudah cukup tua dan kurang terjaga, kerosakan yang terjadi sangat parah. Satu-satunya stesen televisyen yang tidak terganggu adalah stesen swasta NTV namun pemerintah menyatakan keutamaan harus diberikan kepada televisyen pemerintah, dan kerana itu saluran TV RTR mulai melakukan siaran ke sejumlah daerah Moscow.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ostankino Tele Tower at Skyscraperpage.com
  2. ^ Menara Ostankino di Emporis
  3. ^ "Menara Ostankino". SkyscraperPage.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]