Pergi ke kandungan

Matija Sarkic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matija Šarkić
Sarkic bersama Birmingham City pada tahun 2021
Maklumat peribadi
Nama penuh Matija Šarkić[1]
Tarikh lahir (1997-07-23)23 Julai 1997[2]
Tempat lahir Grimsby, England
Tarikh kematian 15 Jun 2024(2024-06-15) (umur 26)
Tempat kematian Budva, Montenegro
Ketinggian 194 cm (6 ka 4 in)[3]
Posisi permainan Penjaga gol
Kerjaya remaja
0–2015 Anderlecht
2015–2017 Aston Villa
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2017–2020 Aston Villa 0 (0)
2017–2018Wigan Athletic (pinjaman) 0 (0)
2018–2019Stratford Town (pinjaman) 6 (0)
2019Havant & Waterlooville (pinjaman) 1 (0)
2019–2020Livingston (pinjaman) 14 (0)
2020–2023 Wolverhampton Wanderers 0 (0)
2020–2021Shrewsbury Town (pinjaman) 26 (0)
2021–2022Birmingham City (pinjaman) 23 (0)
2023Stoke City (pinjaman) 8 (0)
2023–2024 Millwall 32 (0)
Jumlah 110 (0)
Pasukan kebangsaan
2013 Montenegro B-17 3 (0)
2014–2016 Montenegro B-19 12 (0)
2015–2018 Montenegro B-21 6 (0)
2019–2024 Montenegro 9 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Matija Šarkić (Montenegrin: Матија Шаркић, rumi: Matija Šarkić; 23 Julai 1997 – 15 Jun 2024) ialah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penjaga gol.

Beliau dilahirkan di England di mana ibunya adalah orang British manakala ayahnya merupakan orang Montenegro. Sarkic berlatih melalui pasukan akademi Anderlecht dan Aston Villa. Semasa di Aston Villa, beliau menghabiskan masa dengan pinjaman di beberapa kelab British iaitu: Wigan Athletic, yang mana beliau membuat penampilan kali pertama dalam Liga Bola Sepak; kelab bukan liga iaitu Stratford Town dan Havant & Waterlooville; dan Livingston dari Liga Perdana Scotland. Beliau menandatangani kontrak dengan Wolverhampton Wanderers pada tahun 2020, dan menghabiskan masa secara pinjaman di Shrewsbury Town dan Birmingham City, di mana beliau dipilih sebagai Pemain Terbaik Musim, dan juga Stock City. Pada tahun 2023, beliau menyertai kelab Kejohanan Liga Bola Sepak Inggeris iaitu Millwall, di mana beliau menjadi pilihan utama penjaga gol.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sarkic dilahirkan di Grimsby, Lincolnshire, England.[4] Ayahnya, Bojan Šarkić merupakan seorang diplomat Montenegrin di mana beliau merupakan duta negara itu ke Kesatuan Eropah pada Oktober 2017. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai duta ke United Kingdom dan Belgium. Ibunya, Natalie Šarkić-Todd merupakan warga British dan bekerja di rangkaian media Eropah.[5][6] Matija mempunyai saudara kembar iaitu Oliver, yang bermain dengannya semasa bermain di Anderlecht.[5]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal dan Aston Villa[sunting | sunting sumber]

Sarkic meninggalkan akademi remaja kelab Belgium Anderlecht, dan menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab Inggeris Aston Villa pada 1 September 2015 dengan menyertai pasukan bawah 21 tahun.[7] Beliau merupakan penjaga gol untuk pasukan bawah-21 Villa yang mara ke Pusingan Akhir Liga Perdana Inggeris 2 Divisyen Dua pada musim 2015–16. Pada April 2017, beliau dinamakan di bangku simpanan untuk perlawanan liga menentang Reading sebagai perlindungan untuk Sam Johnstone berikutan kecederaan kepada Mark Bunn.[8]

Sarkic menyertai Wigan Athletic pada 31 Ogos 2017 secara pinjaman sepanjang musim, melakukan 3 penampilan, kesemuanya dalam pertandingan piala dan menyelamatkan penalti pada penampilan kali pertama menentang Middlesbrough B-21 dalam Trofi EFL.[9] Pada Disember 2018, beliau menyertai Stratford Town dengan pinjaman belia.[10]

Pada 26 Jun 2019, Sarkic menandatangani kontrak untuk kelab Liga Perdana Scotland, Livingston dengan tujuan pinjaman sepanjang musim,[11] namun beliau dipanggil semula oleh Aston Villa pada 3 Januari 2020, sebagai pengganti penjaga gol pilihan utama mereka Tom Heaton yang mengalami kecederaan lutut.[12]

Sarkic ditawarkan lanjutan kontrak di Aston Villa pada tahun 2020 tetapi menolak tawaran untuk mencari peluang pasukan utama di tempat lain, setelah melihat penjaga gol yang berpengalaman iaitu Pepe Reina dibawa masuk sebagai pengganti untuk Heaton yang mengalami kecederaan.[13] Sarkic dikeluarkan secara rasmi oleh Aston Villa pada penghujung musim 2019–20.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Club list of registered players: As at 19th May 2018: Aston Villa" (PDF). English Football League. m/s. 2. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 March 2021. Dicapai pada 16 June 2018.
  2. ^ "Matija Sarkic: Overview". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2020. Dicapai pada 27 July 2020.
  3. ^ "Matija Sarkic". Wolverhampton Wanderers F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2023. Dicapai pada 2 August 2022.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama wf.net
  5. ^ a b Pitt-Brooke, Jack (3 October 2017). "Meet the Sarkic twins: born in England, raised in Belgium but trying to make Montenegro history". The Independent. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2022. Dicapai pada 13 May 2022.
  6. ^ "Natalie Sarkic-Todd". The Battleground. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2023. Dicapai pada 15 June 2024.
  7. ^ "Aston Villa sign goalkeeper Matija Sarkic from Anderlecht". ESPN. PA Sport. 1 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2018. Dicapai pada 6 September 2021.
  8. ^ Kendrick, Mat (15 April 2017). "Who is Matija Sarkic: Quick lowdown on the Aston Villa substitute against Reading". Birmingham Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2021. Dicapai pada 6 September 2021.
  9. ^ "REPORT: WIGAN ATHLETIC 4 – 1 MIDDLESBROUGH U23". Wigan Athletic. 24 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2024. Dicapai pada 15 June 2024.
  10. ^ Gibbons, Craig (20 December 2018). "Two new faces at Stratford Town". Stratford Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2021. Dicapai pada 6 September 2021.
  11. ^ "Matija Sarkic: Livingston sign Aston Villa goalkeeper on loan". BBC Sport. 26 June 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2019. Dicapai pada 26 June 2019.
  12. ^ Carson, Callum (3 January 2020). "Aston Villa recall keeper Matija Sarkic from Livingston following injury to first choice Tom Heaton". Daily Record. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2020. Dicapai pada 3 January 2020.
  13. ^ Jamieson, Stuart (24 May 2020). "Sunderland linked with wantaway Aston Villa goalkeeper". ChronicleLive (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2023. Dicapai pada 6 February 2023.
  14. ^ "Premier League clubs publish 2019/20 released lists". Premier League. 25 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2021. Dicapai pada 25 June 2020.