Pergi ke kandungan

La'Vere Corbin-Ong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
La'Vere Corbin-Ong
Corbin-Ong bersama Johor Darul Ta'zim pada tahun 2024
Maklumat peribadi
Nama penuh La'Vere Lawrence Corbin-Ong [1]
Tarikh lahir (1991-04-22) 22 April 1991 (umur 33)[2]
Tempat lahir London, England[3]
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim
Nombor 22
Kerjaya remaja
2009–2010 Universiti Capilano
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Whitecaps FC Reserves 29 (0)
2012–2014 Pommern Greifswald 57 (5)
2014–2016 Berliner AK 07 64 (4)
2016–2017 FSV Frankfurt 36 (0)
2017 Go Ahead Eagles 9 (0)
2018– Johor Darul Ta'zim 114 (5)
Pasukan kebangsaan
2017 Kanada 1 (0)
2019– Malaysia 38 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 Mei 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2024

La'Vere Lawrence Corbin-Ong (lahir 22 April 1991) ialah pemain bola sepak berdarah campuran dan kini bermain sebagai pertahanan kiri untuk Johor Darul Ta'zim FC.

Dilahirkan di England, beliau pernah mewakili pasukan kebangsaan Kanada sebelum bertukar mewakili Malaysia pada tahun 2019.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Corbin-Ong lahir di London, England di mana ibu bapanya, Lawrence Corbin dan Elizabeth Ong masing-masing telah belajar psikiatri dan kejururawatan. Corbin-Ong berumur setahun semasa dia dan keluarganya berpindah ke Edmonton, ibu kota Alberta. Ketika dia berusia empat tahun, keluarganya pindah ke Utara Vancouver, dimana dia dibesarkan.[4]

Di usia remaja, Corbin-Ong bermain pelbagai sukan, termasuk bola sepak, lacrosse, bola sepak gridiron dan tenis. Corbin-Ong berusia enam tahun semasa dia mula bermain bola sepak untuk pasukan Diamond Backs di Lembah Lynn, di kejiranan Utara Vancouver.[5]

Dia bermain untuk Universiti Capilano di Kanada selama semusim selepas tamat sekolah tinggi, kemudian menyertai Major League Soccer bersama Vancouver Whitecaps pada usia 19 tahun.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Vancouver Whitecaps Reserves[sunting | sunting sumber]

Corbin-Ong menghabiskan dalam masa dua tahun bermain untuk pasukan Whitecaps Reserves, membuat 29 penampilan untuk kelab itu pada tahun 2010 dan 2011, ketika pasukan itu bertanding dalam Liga Pembangunan Perdana USL.

Pommern Greifswald[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2012, Corbin-Ong berpindah ke pasukan peringkat kelima Jerman Pommern Greifswald di Oberliga Nord menghabiskan dua musim di kelab itu. Beliau membuat perlawanan petama untuk kelabnya pada 12 Ogos 2012 dalam perlawanan liga menentang BFC Dynamo. Pada 30 Mac 2013, Corbin-Ong menjaringkan gol pertamanya untuk kelab menentang Anker Wismar yang berakhir dengan kemenangan 3–2.

Berliner AK 07[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2014, Corbin-Ong berpindah ke kelab Jerman peringkat keempat, Berliner AK 07 dalam Liga Regional bermain dua musim lagi dengan kelab itu.[6] Pada 3 Ogos 2014, Corbin-Ong membuat perlawanan pertama menentang Germania Halberstadt. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 22 Mac 2015 dengan menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan menentang Wacker Nordhausen yang membolehkan pasukannya mendapat tiga mata dalam liga. Dalam perlawanan seterusnya pada 29 Mac, dia menjaringkan satu lagi gol menentang VfB Auerbach dalam kemenangan 3–1.

Pada 25 Ogos 2015, Corbin-Ong menerima anugerah 'Pemain Terbaik' kerana mempamerkan persembahan hebat dalam kemenangan 3–0 menentang SV Babelsberg 03 di mana beliau terlibat dalam semua jaringan gol sekali dan dua kali membantu.

FSV Frankfurt[sunting | sunting sumber]

Selepas menerima minat daripada kelab 2. Bundesliga Union Berlin pada tahun 2015,[7][8] Corbin-Ong menandatangani kontrak dengan FSV Frankfurt dalam 3. Liga pada bulan Jun 2016.[9] Beliau membuat perlawanan pertama pada 30 Julai 2016 menentang Holstein Kiel.

Go Ahead Eagles[sunting | sunting sumber]

Corbin-Ong menyertai pasukan Eerste Divisie Go Ahead Eagles pada 3 Julai 2017.[10] Beliau membuat penampilan pertama untuk kelab itu bermain sepanjang minit ke-90 menentang FC Emmen pada 22 Ogos 2017. Bagaimanapun, beliau dibelenggu kecederaan semasa bersama kelab itu dan oleh itu membuat keseluruhan 10 penampilan untuk kelab.[11]

Johor Darul Ta'zim[sunting | sunting sumber]

Pada 24 November 2017, Corbin-Ong telah ditandatangani oleh kelab Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim.[12] Disebabkan ibu Corbin-Ong berasal dari Malaysia, dia diklasifikasikan sebagai pemain tempatan.[13][14] Beliau membuat penampilan pertama pada musim Liga Super Malaysia 2018 menentang Kedah FA pada 3 Februari 2018 di mana beliau turut membantu Marcos António untuk memastikan kemenangan 2–1. Pada perlawanan seterusnya menentang PKNP pada 6 Februari, beliau mencatatkan satu lagi bantuan dalam kemenangan 3–0. Pada 14 Februari, Corbin-Ong bermain dalam perlawanan kelab Piala AFC menentang pasukan Indonesia, Persija Jakarta dalam pertarungan sengit yang berakhir dengan kemenangan 2–0. Pada 5 Mei, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab menentang Negeri Sembilan dalam kemenangan 4–0 di tempat lawan.

Pada 5 Mac 2019, Corbin-Ong bermain dalam perlawanan kelab Liga Juara-Juara AFC menentang pasukan Jepun, Kashima Antlers.

Pada 14 April 2022, Corbin-Ong membantu dua kali dalam kemenangan kelab terkenal 5–0 ke atas pasukan China, Guangzhou.

Pada 6 Mac 2023, Corbin-Ong menjaringkan dua gol pertamanya dalam kerjayanya semasa kemenangan membelasah 7–0 menentang Negeri Sembilan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Corbin-Ong bermain untuk Malaysia pada tahun 2022

Kanada[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2017, Corbin-Ong menerima panggilan pertamanya untuk menyertai pasukan kebangsaan Kanada.[15] Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa apabila beliau masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam perlawanan persahabatan 1–1 dengan Scotland.[16]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2019, Corbin-Ong membuat penampilan pertama di Malaysia selepas memulakan perlawanan persahabatan menentang Nepal.[17] Dia dibenarkan bertukar taat setia kepada Malaysia kerana penampilannya sebelum ini untuk Kanada adalah dalam perlawanan persahabatan. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk Malaysia dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Timor-Leste yang dimenangi Malaysia 7–1.[18]

Pada 8 Jun 2022, Corbin-Ong mengesahkan kemenangan dengan menjaringkan gol terakhir dalam perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2023 dalam kemenangan 3–1 menentang Turkmenistan.

Pada 22 Ogos 2022, beliau menjaringkan gol menentang tuan rumah Thailand dalam Piala Raja 2022.

Corbin-Ong mewakili negara pada Piala Asia AFC 2023 yang diadakan di Qatar di mana beliau bermain dalam semua perlawanan peringkat kumpulan Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Corbin-Ong dilahirkan di London kepada bapa warga Barbados dan ibu warganegara cina Malaysia, tetapi berpindah ke Kanada pada usia satu tahun dan oleh itu layak bermain untuk Kanada, England, Barbados dan Malaysia di peringkat antarabangsa.[19]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Mei 2024[20][21]
Penampilan dan gol mengikut pasukan, musim dan pertandingan
Pasukan Musim Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Div Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Vancouver Whitecaps Residency 2010 Liga Pembangunan Perdana 14 0 14 0
2011 15 0 15 0
Jumlah 29 0 29 0
Pommern Greifswald 2012–13 Oberliga Utara 28 1 28 1
2013–14 29 4 29 4
Jumlah 57 5 57 5
Berliner AK 07 2014–15 Regionalliga Nordost 30 2 30 2
2015–16 34 2 34 2
Jumlah 64 4 64 4
FSV Frankfurt 2016–17 3. Liga 36 0 1[a] 0 37 0
Jumlah 36 0 1 0 37 0
Go Ahead Eagles 2017–18 Eerste Divisie 9 0 1[b] 0 10 0
Jumlah 9 0 1 0 10 0
Johor Darul Ta'zim 2018 Liga Super Malaysia 21 1 4[c] 0 10[d] 0 4[e] 0 39 1
2019 18 0 9[d] 0 5[f] 0 32 0
2020 11 0 1[d] 0 2[f] 0 14 0
2021 20 0 10[d] 0 3[f] 0 33 0
2022 22 0 4[c] 0 6[d] 0 5[f] 0 37 0
2023 20 4 4[c] 1 3[d] 0 5[f] 0 32 5
2024–25 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 114 5 12 1 39 0 24 0 189 6
Jumlah kerjaya 309 14 12 1 41 0 24 0 386 15
  1. ^ Pernampilan dalam Piala DFB
  2. ^ Penampilan dalam Piala KNVB
  3. ^ a b c Penampilan dalam Piala FA Malaysia
  4. ^ a b c d e f Penampilan dalam Piala Malaysia
  5. ^ Penampilan dalam Play-off Kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2018 dan Piala AFC
  6. ^ a b c d e Penampilan dalam Liga Juara-Juara AFC

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 Jun 2024[22]
Kemunculan dan gol mengikut pasukan dan tahun
Pasukan Tahun Kemunculan Gol
Kanada 2017 1 0
Malaysia 2019 10 1
2021 3 0
2022 8 2
2023 10 1
2024 7 0
Jumlah 38 4
Jumlah kerjaya 39 4


No Tarikh Tempat Kap Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 7 Jun 2019 Stadium Nasional Bukit Jalil, Bukit Jalil, Malaysia 2  Timor-Leste 1–0 7–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022
2. 8 Jun 2022 17  Turkmenistan 3–1 3–1 Kelayakan Piala Asia 2023
3. 22 September 2022 Stadium Ulang Tahun ke-700, Chiang Mai, Thailand 20  Thailand 1–0 1–1 (5–3 p) Piala Raja Thailand 2022
4. 13 Oktober 2023 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia 28  India 4–2 4–2 Pestabola Merdeka 2023

Kepujian[sunting | sunting sumber]

Johor Darul Ta'zim[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "La'Vere Corbin-Ong's Profile". WhoScored?com. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  2. ^ "La'Vere Corbin-Ong statistics". FCTables. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  3. ^ "La'Vere Corbin-Ong Player Profile". Eurosport. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  4. ^ "La'Vere Corbin-Ong". Canada Soccer. Dicapai pada 19 March 2018.
  5. ^ Vijhay Vick (24 November 2017). "La'Vere Corbin-Ong: What do we know of JDT's new naturalised defender?". FourFourTwo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 19 March 2018.
  6. ^ "La'Vere Corbin-Ong verlässt den Berliner AK" [La'Vere Corbin-Ong leaves the Berlin AK]. FuPa (dalam bahasa Jerman). 22 Jun 2016.
  7. ^ Karkos, Sebastian (11 Oktober 2015). "Schnappt sich Union diesen BAK-Verteidiger?" [Will Union grab this BAK defender?]. Bild (dalam bahasa Jerman).
  8. ^ Karkos, Sebastian (9 November 2015). "Union hat Berlins Dante auf dem Zettel" [Union has Berlin's Dante on the slip] (dalam bahasa Jerman). B.Z. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  9. ^ "Adil Chihi Sturmt Zum FSV Frankfurt" [Adil Chihi Storms to Frankfurt]. German Football Association. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  10. ^ "Go Ahead Eagles Strikt Canadees International La'Vere Corbin-Ong". 3 Julai 2017. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  11. ^ Fai, Ooi Kin (November 24, 2017). "Who is La'Vere Corbin-Ong, JDT's shiny new left back?". Goal.
  12. ^ "JDT dapatkan khidmat pemain kacukan M'sia - Barbados" [JDT hired a M'sia - Barbados hybrid player]. Malaysia Kini. November 24, 2017.
  13. ^ "JDT sign Canadian defender Corbin-Ong from Dutch second tier". ESPN Soccernet. 24 November 2017. Dicapai pada 19 Mac 2018.
  14. ^ "JDT sign Canadian international defender La'Vere Corbin-Ong". Football Tribe. November 25, 2017.
  15. ^ "Canada Soccer announces squads to compete in Scotland and Qatar". Persatuan Bola Sepak Kanada. 17 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada October 1, 2017.
  16. ^ "North Vancouver's La'Vere Corbin-Ong makes national team debut". North Shore News. Mac 28, 2017.
  17. ^ Fai, Ooi Kin. "Better Corbin to make Malaysia debut". Goal. Dicapai pada 31 Mei 2019.
  18. ^ Singh, Devinder (22 Mac 2018). "Search for win continues". New Straits Times. Dicapai pada 3 Januari 2019.
  19. ^ "JDT sign Canadian defender Corbin-Ong from Dutch second tier". ESPN. November 23, 2017.
  20. ^ Biodata La'Vere Corbin-Ong di Soccerway
  21. ^ "La'vere Lawrence Corbin-ong". www.malaysianfootballleague.com. Dicapai pada 20 June 2023.
  22. ^ (Inggeris) Profil Corbin Ong di National-Football-Teams.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]