Pergi ke kandungan

Hatsune Miku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hatsune Miku
PembangunCrypton Future Media
Pelancaran pertama31 Ogos 2007
Versi terkini/stabilHatsune Miku V3 (31 Ogos 2013)
Sistem pengendalianWindows, Mac OS
PelantarPC
Tersedia dalambahasa Jepun
bahasa Inggeris
JenisVocaloid characteridola mayamanusia cerekacultural iconmascot character
GenreAplikasi Pensintesis Vokal
LesenHak milik
Pautan berkaitan
Tapak web[1]
Blog
Pautan lainFacebook: HatsuneMikuOfficialPage Twitter: cfm_miku Instagram: cfm_miku_official Youtube: UCJwGWV914kBlV4dKRn7AEFA TikTok: hatsunemiku0831 Spotify: 6pNgnvzBa6Bthsv8SrZJYl Apple Music: 307078957 Deezer: 5090269 Last fm: Hatsune+Miku Musicbrainz: 130d679a-9a92-4373-8348-0800b6b93a30 Songkick: 2726386 Discogs: 1341664 Allmusic: mn0002612783 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hatsune Miku (初音ミク), kadang-kadang dirujuk sebagai Miku Hatsune dengan kod CV01, ialah suara persona manusia dengan menggunakan aplikasi pensintesis nyanyian yang dibangunkan oleh Crypton Future Media, yang beribu pejabat di bandar Sapporo. Hatsune Miku telah digunakan dalam Vocaloid 2 dan Vocaloid 3 daripada teknologi mensintesis nyanyian oleh Syarikat Yamaha. Dia juga telah digunakan dalam Piapro Studio Crypton Future Media, sebuah pensintesis nyanyian Pemalam VSTi. Dia merupakan Vocaloid yang kedua dijual menggunakan enjin Vocaloid 2, dan Vocaloid Jepun pertama yang menggunakan versi Jepun enjin Vocaloid 2. Suaranya disampelkan daripada pelakon suara Jepun Saki Fujita. Hatsune Miku juga telah mengadakan konsertnya di atas pentas sebagai unjuran animasi.[1] Dia digambarkan sebagai seorang gadis berusia 16 tahun dengan rambut biru panjang tocang tepi.

Nama wataknya berasal daripada gabungan perkataan Jepun yang bermaksud pertama (, hatsu), bunyi (, ne) dan masa depan (Miku (ミク) yang berbunyi seperti bacaan nanori bagi masa depan, 未来, biasanya dibaca sebagai "mirai"[2]), justeru mengiktirafkan kedudukannya sebagai "Watak Siri Vokal" Crypton yang pertama. Menurut Crypton, namanya bermaksud "bunyi pertama dari masa depan".[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Japanese pop star Hatsune Miku takes the stage -- as a 3-D hologram". Los Angeles Times. 10 November 2010. Dicapai pada 13 November 2010.
  2. ^ "Miku". Behind the Name. Dicapai pada 5 Oktober 2010.
  3. ^ http://www.crypton.co.jp/miku_eng