Pergi ke kandungan

AH150

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papan laluan Lebuh Raya Asia 150
Lebuh Raya Asia 150
Selangan 08-04-2023 01.jpg
Maklumat laluan
Panjang2,083.0 km (1,294.3 mi)
Komponen
lebuh raya
Lebuhraya Pan Borneo Sarawak
Lebuhraya Pan Borneo Sabah
Lebuhraya Pan Borneo Brunei.
Simpang utama
Hujung baratTelok Melano, Bahagian Kuching, Sarawak
Hujung timurTawau, Bahagian Tawau, Sabah
Lokasi
NegaraBrunei, Malaysia
Sistem lebuh raya
Rangkaian Lebuh Raya Asia
AH143AH151 Fail:Tabliczka AH151.svg

Lebuh Raya Asia 150 (bahasa Inggeris: Asian Highway 150; Tabliczka AH150.svg AH150) ialah sejenis lebuh raya di bawah Rangkaian Lebuh Raya Asia yang terdapat di Brunei dan Malaysia. Ia terdiri daripada Lebuhraya Pan Borneo yang terdiri dari Laluan Persekutuan Malaysia 1 (Sarawak), Laluan Persekutuan Malaysia 1 (Sabah), Laluan Persekutuan Malaysia 22, Laluan Persekutuan Malaysia 13 (Sabah) dan Lebuhraya Pan Borneo Brunei.

Lebuhraya Pan Borneo[sunting | sunting sumber]

LBP

Lebuhraya Pan Borneo, juga dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo, (Laluan Persekutuan di Sarawak dan di Sabah, Laluan Kebangsaan 1 di Brunei) Tabliczka AH150.svg AH150 adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah. Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia. Projek tersebut bermula sebaik sahaja Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Faktor utama pembinaan lebuh raya ini adalah berikutan tiadanya rangkaian jalan raya di Sarawak. Bahagian yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei adalah bahagian Lawas - Temburong (Brunei), siap pada tahun 1997. Dengan siapnya bahagian tersebut, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari Kuching ke Kota Kinabalu.[1] Namun demikian, Kerajaan Pusat terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.[2]

Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 2,239 km . Setakat tahun 2002, lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian Tenom - Sipitang pada tahun 2006. Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Di bawah Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga, pem­binaan jalan empat lorong dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan termasuk lorong memotong di setiap satu kilometer untuk menangani kawasan kerap kemalangan dan pemendekan jalan.[3] Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, sejumlah RM500 juta diluluskan oleh kerajaan untuk tujuan bagi menangani ka­wasan berisiko selain menaik taraf serta menyelenggara jalan rosak. Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo ini kelak, jaringan jalan ini tidak akan dikenakan sebarang Tol kerana ianya merupakan jalan utama menghubungkan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak.

Projek pembukaan dan perasmian nya akan bermula pada 31 Mac 2015 ini akan memulakan fasa 1 pembinaan bermula di Nyabu Simpang Bakun 51 km dari Bandar Bintulu dan Miri seterusnya akan ke fasa 2, 3 dan akan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022.

LPB Sabah[sunting | sunting sumber]

Bahagian WP04, pada LPB Sabah

UEM, MMC dan Warisan Tarang Construction Sdn Bhd menjadi rakan penyampaian projek dan kontraktor utama untuk projek ini -menubuhkan UEM-MMC JV Sdn Bhd-, menghubungkan Sindumin dan Tawau. Ia juga menghubungkan bandar-bandar besar lain seperti Keningau, Kota Kinabalu dan Sandakan, sama seperti pekan-pekan dan bandar-bandar berdekatan termasuk Beaufort, Penampang dan Ranau. Pada tahun 2019, MMC menyatakan bahawa gabungan itu bersetuju dengan kerajaan Warisan-PH untuk menamatkan tugas sebagai PDP dan menyerahkannya kepada Kementerian Kerja Raya. Susulan itu, UEM-MMC JV Sdn Bhd mungkin akan ditamatkan operasinya dan memberi laluan kepada kontraktor lain untuk meneruskannya. Ini menyebabkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah tergendala dalam jangka masa panjang sehingga hujung September 2020.

Pada Oktober 2020, kerajaan baharu Sabah telah ditubuhkan di bawah Parti GRS kerana berjaya mengalahkan Parti Warisan-PH dalam pilihan raya negeri. Pemimpin Parti GRS mengumumkan bahawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan dimulakan semula dan tidak akan sesekali menamatkan prosesnya serta tidak akan menukar kontraktor sehingga projek Pan Borneo berjaya diselesaikan. Pada September 2023, Raja Malaysia, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat Kepulauan Borneo (lawatan khas ini juga dikenali sebagai Kembara Borneo) dan Raja Malaysia telah memeriksa semua baki-baki projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah. Raja memberi nasihat kepada JKR Sabah untuk mempercepatkan pembinaan projek Pan Borneo supaya rakyat Sabah dapat merasai perjalanan yang luas dan serba-lancar. Selain dari nasihat berkenaan Pan Borneo Sabah, beliau juga menegur pihak SESB dan Jabatan Air Sabah berkenaan penaiktarafan dalam jabatan berkenaan. Perjalanan Kembara Diraja ini bermula dari Tawau, Sabah ke Telok Melano, Lundu, Sarawak. Perjalanan Kembara Borneo adalah bertujuan untuk merasai pemanduan di Lebuhraya Pan-Borneo Sabah-Sarawak dan juga bertujuan untuk mengenali rakyat-rakyat di kepulauan Borneo dengan lebih dekat (menyantuni rakyat borneo).

LPB Sarawak[sunting | sunting sumber]

Setakat 8 April 2023, pada LPB Sarawak

Pada tahun 2015, kerajaan telah melancarkan projek pembinaan lebuh raya Pan Borneo bermula di Telok Melano dan berakhir di Jalan Pujut 7 Link, Miri. 10 kontrkator terlibat bermula dengan pelantikan Samling Resources Sdn Bhd sebagai kontraktor pertama untuk projek jajaran Telok Melano ke Sematan dan Sematan ke Sungai Moyan pada Disember 2015 dan berakhir dengan Konsortium KPE Sdn Bhd bagi jajaran Sg. Tangap ke Jalan Pujut 7 Link pada Ogos 2016. Tujuan utama penaiktarafan jalan berkenaan adalah menukar satu lorong dua hala kepada empat lorong dua hala. Ini kerana, selama ini perjalanan jarak jauh hanya melalui lorong dua hala dan sangat tidak sesuai untuk tujuan tersebut. Rakyat Sarawak telah menantikan pembinaan lebuh raya tersebut selama lebih 40 tahun. Kontraktor-kontraktor terlibat adalah dari kalangan syarikat-syarikat pembinaan bumiputera yang terkenal, iaitu Samling Resources Sdn Bhd, Zecon Berhad, Kimlun Sdn Bhd, Naim Holdings Berhad, Gamuda Berhad, Endaya Construction Sdn Bhd, TRC Synergy Berhad, Pembinaan Kuantiti Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Berhad, Bina Puri, Hock Seng Lee Berhad (HSL), Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd, Musyati Sdn Bhd, Mudajaya Group Berhad, KKB Engineering Berhad, WCT Holdings Berhad, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd dan Konsortium KPE Sdn Bhd. Samling Resources Sdn Bhd merpuakan syarikat pembinaan milik Samling Group of Companies manakala PPK merupakan anak syarikat Shin Yang Group of Companies, mahir dalam pembinaan dan pembuatan simen. Konsortium KPE Sdn Bhd merupakan syarikat usaha sama 70:30 antara KACC Construction Sdn Bhd dan Perbena Emas Sdn Bhd (PESB). Terdapat 11 pakej projek (WPC) yang telah dianugerahkan kepada 10 kontraktor tersebut. Pada Januari 2019, WPC01 yang menghubungkan Telok Melano dan Sematan siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai sedikit sebanyak melegakan serta memudahkan penduduk Telok Melano yang selama ini hanya dihubungkan melalui bot. Kontraktor yang bertanggungjawab, Samling Resources Sdn Bhd bersama dengan wakil Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Negeri membuka Jalan Telok Melano-Sematan dengan rasminy bersama wakil-wakil LBU. Hal ini sedikit sebanyak memudahkan mereka memulakan perjalanan baru bermula di KM0.00, Telok Melano dan sampai di Bulatan Sematan yang masih dalam pembinaan di dalam WPC02 yang menghubungkan Sematan dan Sg. Moyan. Ia dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. Pada 14 Oktober 2019, penamat projek, laluan Simpang Nyabau ke Bakun, sepanjang 43 km, telah siap dan dirasmikan oleh wakil-wakil dari Jabatan Kerja Raya Sarawak, kerajaan negeri, LBU dan kontraktor utama, PPK. Pada Disember 2019, Jambatan Durin, yang mempunyai laluan baharu, terletak di dalam pakej ketujuh, siap sepenuhnya dan mula diturap pada tahun 2020.

Kontraktor-kontraktor yang terlibat akan dibahagikan dalam pakej-pakej berbeza:

  • Samling Resources Sdn Bhd - WPC01 Telok Melano ke Sematan (TMS) (32.77 km (20.36 bt)) & WPC02 Sematan ke Sg. Moyan (SSM) (95.43 km (59.30 bt))
  • Zecon Kimlun Consortium Sdn Bhd - WPC03 Bulatan Serian ke Simpang Pantu (SPJ) (75.01 km (46.61 bt))
  • Naim Gamuda JV Sdn Bhd - WPC04 Persimpangan Pantu ke Batang Skrang (PJS) (89.43 km (55.57 bt))
  • Endaya TRC PK JV Sdn Bhd - WPC05 Batang Skrang ke Sg. Awik (SSA) (67.94 km (42.22 bt))
  • PPESW BPSB JV Sdn Bhd - WPC06 Sg. Awik ke Simpang Bintangor (SAB) (64.48 km (40.07 bt))
  • HSL DMIA JV Sdn Bhd - WPC07 Simapng Bintangor ke Sg.Kua (BSK) (75.97 km (47.21 bt))
  • Musyati Mudajaya JV Sdn Bhd - WPC08 Sg. Kua ke Sg. Arip (SKB) (63.67 km (39.56 bt))
  • KKBWCT Joint Venture Sdn Bhd - WPC09 Sg. Arip ke Simpang Lapangan Terbang Bintulu (ABJ) (64.53 km (40.10 bt))
  • Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd - WPC10 Simpang Lapangan Terbang Bintulu ke Sg. Tangap (Nyabau Interchange) (BJT) (77.19 km (47.96 bt))
  • Konsortium KPE Sdn Bhd - WPC11 Sg. Tangap ke Jalan Pujut 7 Link (TPL) (79.98 km (49.70 bt))

Rangkaian Laluan[sunting | sunting sumber]

Laluan Persekutuan 1 Sarawak[sunting | sunting sumber]

Nama Dari – Ke Nama Jalan Bahagian
Laluan Persekutuan 1 Telok Melano – Sematan Jalan Sematan–Telok Melano Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 1 Sematan – Perigi Junction Jalan Lundu–Sematan Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 2 Perigi Junction - Biawak Junction Jalan Lundu–Sematan Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 3 Biawak Junction - Batang Kayan Jalan Lundu–Sematan Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 4 Batang Kayan - Selampit Junction Jalan Bau–Lundu Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 5 Selampit Junction - Bokah Junction Jalan Bau–Lundu Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 6 Bokah Junction - Sg. Topah Jalan Bau–Lundu Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 7 Sg. Topah - Bau / Tondong Junction Jalan Bau–Lundu Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 8 Bau / Tondong Junction - Kampung Pinang Junction Jalan Batu Kawa–Tondong Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 9 Kampung Pinang Junction - Sg. Sarawak (Batu Kawa) Jalan Batu Kawa–Tondong Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 10 Batang Sarawak(Batu Kawa) - Mile 3 Roundabout Jalan Batu Kawa Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 11A Mile 3 Roundabout - Jtn. Jalan Datuk Bandar Mustapha Jalan Datuk Tawi Sli

Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 11B1 Mile 3 Roundabout - JKR Depot Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan (Menuju selatan) Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 11B2 JKR Depot - Mile 3 Roundabout Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan (Menuju utara) Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 12A Mile 6 Roundabout - M 10 K/S Road (UP) Jalan Penrissen (Menuju selatan) Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 12B M 10 K/S Road - Mile 6 Roundabout (DOWN) Jalan Penrissen (Menuju utara) Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 13 Mile 10 (End Dual cw) - Sg. Du'uh Jalan Kuching–Serian Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 14 Sg. Du'uh - Kuching / Samarahan Boundary Jalan Kuching–Serian Kuching
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 15 Kuching / Samarahan Boundary - Sg. Mamat Jalan Kuching–Serian Samarahan
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 16 Sg. Mamat - Serian Roundabout Jalan Kuching–Serian Samarahan
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 17A Serian Roundabout - Sg. Sadong Bridge Jalan Serian Bypass Samarahan
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 17B Sg. Sadong Bridge - Gedong Junction Jalan Sri Aman–Serian Samarahan
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 18 Gedong Junction - Kampung Limau Junction Jalan Sri Aman–Serian Samarahan
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 19 Kampung Limau Junction - Sg. Karang Jalan Sri Aman–Serian Samarahan
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 20 Sg. Karang - Sg. Stabau Jalan Sri Aman–Serian Samarahan
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 21 Sg. Stabau - Samarahan/ Sri Aman Boundary Jalan Sri Aman–Serian Samarahan
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 22 Samarahan / Sri Aman Boundary - Pantu Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Sri Aman
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 23 Pantu Junction - Lachau Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Sri Aman
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 24 Lachau Junction - Sg. Engkramut Jalan Sri Aman–Sarikei Sri Aman
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 25 Sg. Engkramut - Sri Aman Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Sri Aman
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 26 Sri Aman Junction - Batu Lintang Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Sri Aman
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 27 Batu Lintang Junction - Engkilili Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Sri Aman
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 28 Engkilili Junction - Lubok Antu Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Sri Aman
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 29 Lubok Antu - Batang Skrang Jalan Sri Aman–Sarikei Sri Aman
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 30 Batang Skrang - Betong Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Sri Aman
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 31 Betong Junction - Batang Layar Jalan Sri Aman–Sarikei Betong
Batang Layar - Sg. Paku Jalan Sri Aman–Sarikei Betong
Sg. Paku - Sg. Rimbas Jalan Sri Aman–Sarikei Betong
Sg. Rimbas - Pusa Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Betong
Pusa Junction - Sg. Krian Jalan Sri Aman–Sarikei Betong
Sg. Krian - Saratok Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Betong
Saratok Junction - Roban Junction Jalan Sri Aman–Sarikei Betong
Roban Junction - Sri Aman / Sarikei Boundary Jalan Sri Aman–Sarikei Betong
Sri Aman / Sarikei Boundary - Bayong Junction Jalan Sibu–Sarikei Sarikei
Bayong Junction - Sarikei Junction Jalan Sibu–Sarikei Sarikei
Sarikei Junction - Sg. Nyelong Jalan Sibu–Sarikei Sarikei
Sg. Nyelong - Bintangor Junction Jalan Sibu–Sarikei Sarikei
Bintangor Junction - Sg. Mador Jalan Sibu–Sarikei Sarikei
Sg. Mador - Sg. Jikang Jalan Sibu–Sarikei Sarikei
Sg. Jikang - Kanowit Junction Jalan Sibu–Sarikei Sarikei
Kanowit Junction - Durin Ferry Point Jalan Sibu–Sarikei Sibu
Durin Ferry Point - Sibu Junction (M 12 Junction) Jalan Sibu–Sarikei Sibu
Sibu Junction (M 12 Junction ) - Sg. Pasai Jalan Sibu–Bintulu Sibu
Sg. Pasai - Btg. Oya Jalan Sibu–Bintulu Sibu
Btg. Oya - Bukit Singalang Jalan Sibu–Bintulu Sibu
Bukit Singalang - Btg. Mukah Jalan Sibu–Bintulu Sibu
Btg. Mukah - Sg. Buluh Jalan Sibu–Bintulu Sibu
Sg. Buluh - Btg. Balingian Jalan Sibu–Bintulu Sibu
Btg. Balingian - Kemena Junction Jalan Sibu–Bintulu Sibu
Kemena Junction - Sg. Arip Bridge End Jalan Sibu–Bintulu Sibu
Sg. Arip - Sibu / Bintulu Boundary Jalan Sibu–Bintulu Bintulu
Sibu / Bintulu Boundary - Batang Tatau Jalan Sibu–Bintulu Bintulu
Batang Tatau - Sg. Semanok Jalan Sibu–Bintulu Bintulu
Sg. Semanok - Sg. Selad Jalan Sibu–Bintulu Bintulu
Sg. Selad - Batang Kemena Jalan Sibu–Bintulu Bintulu
Batang Kemena - Bintulu Junction Jalan Sibu–Bintulu Bintulu
Bintulu Junction - Sg. Sibiu No.2 Jalan Miri–Bintulu Bintulu
Nyabau Jnt. (end of single CW) - Bintulu Jnt. Jalan Miri–Bintulu Bintulu
Sg. Sibiu No.2 - Sg. Sibiu No.3 Jalan Miri–Bintulu Bintulu
Sg. Sibiu No.3 - Mile 22 Quarry Junction Jalan Miri–Bintulu Bintulu
Mile 22 Quarry junction - Sg. Similajau Jalan Miri–Bintulu Bintulu
Sg. Similajau - Rumah Lankan Jalan Miri–Bintulu Bintulu
Rumah Lankan - Bintulu / Miri Boundary Jalan Miri–Bintulu Bintulu
Bintulu / Miri Boundary - Sg. Suai Jalan Miri–Bintulu Bintulu
Sg. Suai - Telabit Junction Jalan Miri–Bintulu Miri
Telabit Junction - Niah Junction Jalan Miri–Bintulu Miri
Niah junction - Subis 2 Junction Jalan Miri–Bintulu Miri
Subis 2 Junction - Karabungan Junction Jalan Miri–Bintulu Miri
Karabungan Junction - Sg. Bakas Jalan Miri–Bintulu Miri
Sg. Bakas - Bekenu Junction Jalan Miri–Bintulu Miri
Bekenu Junction - Entulang Junction Jalan Miri–Bintulu Miri
Entulang Junction - Sg. Liku Jalan Miri–Bintulu Miri
Sg. Liku - Sg. Rait Junction Jalan Miri–Bintulu Miri
Sg. Rait Junction - Miri Airport Junction Jalan Miri–Bintulu Miri
Miri Airport Junction - Puchong Roundabout Jalan Miri–Bintulu Miri
Puchong Roundabout - Miri Airport Junction Jalan Miri–Bintulu Miri
Puchong Roundabout - Sg. Lutong (UP) Jalan Miri–Lutong Miri
Sg. Miri - Puchong Roundabout (DOWN) Jalan Miri–Lutong Miri
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 81 Sg. Lutong - Kuala Baram Ferry Point Jalan Lutong–Kuala Baram Miri
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 82 Kuala Baram Ferry Point - Sg. Tujuh Checkpoint (Sempadan Malaysia-Brunei) Jalan Kuala Baram–Sungai Tujuh Miri
Tedungan Checkpoint, Limbang (Sempadan Brunei-Malaysia) - Sg. Limbang Jalan Tedungan-Limbang Limbang
Sg. Limbang Bridge - Ng. Medamit / Batu Danau Junction Jalan Tedungan-Limbang Limbang
Ng. Medamit/Batu Danau Jnt.-Kubong/Ng. Medamit Jnt. Jalan Tedungan-Limbang Limbang
Kubong Junction - Limbang Town (Police Station) Jalan Limbang Limbang
Limbang Town - Pandaruan Checkpoint, Limbang (Sempadan Malaysia-Brunei) Jalan Limbang Limbang
Mengkalap Checkpoint, Lawas (Sempadan Brunei-Malaysia) - Sg. Trusan Jalan Lawas Limbang
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 89 Sg. Trusan - Lawas Town Jalan Lawas Limbang
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 90 Lawas Town - Batang Lawas Jalan Lawas Limbang
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 91 Batang Lawas - Sg. Malagang Jalan Lawas Limbang
Laluan Persekutuan 1 Bahagian 92 Sg. Malagang - Sempadan Lawas/Merapok-Sipitang/Sindumin (Sarawak-Sabah) Jalan Lawas Limbang
Checkpoint Merapok
Imigresen
Kastam

SARAWAK
bahagian Limbang
kawasan sempadan Lawas/Merapok

Sempadan wilayah Sabah-Sarawak

SABAH
bahagian Pedalaman
kawasan sempadan Sipitang/Sindumin

Laluan Persekutuan 1 Sabah Sipitang Jalan Sipitang - Tenom Bahagian Pedalaman, Sabah

Laluan Persekutuan A1 Sabah[sunting | sunting sumber]

Km Keluar Persimpangan Ke Catatan
KUDAT Pusat bandar Kudat
Lapangan terbang Kudat
Bulatan
Bandar Sikuati Baru
Langkon SELATAN
LEBUHRAYA SAPI-NANGOH
Kota Marudu
Sungai Sungai
Dalit
Sandakan
Persimpangan-T
Kg. Jawi Jawi
KOTA BELUD TIMUR
JALAN KOTA BELUD-RANAU
Kota Belud
Kundasang
Ranau
Bulatan
Tenghilan
Jambatan Sungai Tuaran
TUARAN TIMUR LAUT
JALAN BERUNGIS-TUARAN
Pusat bandar Tuaran
Bulatan
TAMPARULI
Bulatan Berungis
TIMUR
LEBUHRAYA TAMPARULI-RANAU
Tamparuli
Ranau
Sandakan
Bulatan
Mula/Tamat dua hala-
Telipok
Jalan Sepanggar junction JALAN SEPANGGAR
Likas
Universiti Malaysia Sabah
Pusat bandaraya Kota Kinabalu
Persimpangan isyarat
Inanam
KOTA KINABALU
Jalan Penampang
JALAN PENAMPANG
Pusat bandaraya Kota Kinabalu
Penampang
Donggongon
Lok Kawi
Persimpangan isyarat
KOTA KINABALU
Jalan Pintas Penampang
PENAMPANG BYPASS
Pusat bandaraya Kota Kinabalu
Donggongon
Tambunan
Keningau
Persimpangan isyarat
TANJUNG ARU
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
JALAN KEPAYAN
Pusat bandaraya Kota Kinabalu
Beaufort
Sindumin
Isyarat persimpangan-T

Laluan Persekutuan A2 Sabah[sunting | sunting sumber]

Km Keluar Persimpangan Ke Catatan
SEPANGGAR-TANJUNG ARU see also JALAN TUN FUAD STEPHENS
TANJUNG ARU
LApangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
TUARAN BYPASS
Kota Belud
Tuaran
Isyarat persimpangan-T
Putatan
PERSIMPANGAN SABINDO SELATAN
JALAN PAPAR SPUR
Papar
Melinsung
Isyarat persimpangan-T
LOK KAWI UTARA
JALAN PENAMPANG
Penampang
Pusat bandaraya Kota Kinabalu
Isyarat persimpangan-T
Tamat / Mula dua hala
Jalan Kinarut Spur Pusat bandar Kinarut
Jalan Kawang Pusat bandar Kawang
Jambatan Sungai Papar
PAPAR SPUR ROUNDABOUT NORTH
JALAN PAPAR SPUR
Pusat bandar Papar

SOUTH
JALAN BONGAWAN ESTATE
Bongawan
Bongawan Estate
BULATAN
KIMANIS TIMUR
KIMANIS-KENINGAU HIGHWAY
Taman Negara Banjaran Crocker
Keningau
Bulatan
BULATAN BONGAWAN BARAT
Pusat bandar Bongawan

TIMUR
Ladang Bongawan
Papar
Bulatan
Membakut
BEAUFORT BARAT
LALUAN PERSEKUTUAN 502
Kuala Penyu
Menumbok
Labuan (melalui feri)
Persimpangan-T
Jambatan Sungai Padas
Kg. Lingkungan BARAT
JALAN WESTON
Weston
Persimpangan-T
Mesapol
SIPITANG Pusat bandar Sipitang Persimpangan
Sabah Forest Industries
Mengalong EAST
SA3 JALAN TENOM-SIPITANG
Tenom
Keningau
Roundabout
SINDUMIN Pusat bandar Sindumin Bulatan
SINDUMIN CHECKPOINT Custom Complex
Checkpoint Sindumin
Imigresen
Kastam

SABAH
bahagian Pedalaman
kawasan sempadan Sipitang/Sindumin

Sempadan wilayah Sabah-Sarawak

SARAWAK
bahagian Limbang
kawasan sempadan Lawas/Merapok

BARAT DAYA
LALUAN PERSEKUTUAN 1 (SARAWAK)
Lawas
Temburong (Brunei)
Limbang
Bandar Seri Begawan (Brunei)
Miri
Bintulu
Sibu
Kuching

Laluan Persekutuan 13 Sabah[sunting | sunting sumber]

Km Keluar Persimpangan Ke Catatan
SANDAKAN MILE 32 CHECKPOINT TIMUR
Sandakan

BARAT
Telupid
Ranau
Kundasang
Tamparuli
Kota Kinabalu
Persimpangan-T
Kota Kinabatangan
Jalan Sukau TIMUR
Sukau
Persimpangan-T
Jambatan Sungai Kinabatangan
Jambatan Sungai Segama
LAHAD DATU TIMUR
JALAN LAHAD DATU-SAHABAT
Tungku
FELDA Sahabat
Bulatan
Gua Madai
Jalan Kunak TIMUR
JALAN KUNAK
Kunak
Semporna
Bulatan
Ladang Mostyn
Jalan Semporna TIMUR
SA51 JALAN SEMPORNA
Semporna
Bulatan
Balung
Lapangan Terbang Tawau TIMUR
JALAN LAPANGAN TERBANG TAWAU
Lapangan Terbang Tawau
Persimpangan-T
Mula/Akhir dua hala
Bandar Sri Indah
TAWAU BARAT LAUT
JALAN KUHARA
Kalabakan
Sapulut
Sook
Keningau
Persimpangan

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mengimpikan Lebuhraya Pan-Borneo yang baru - Mohd Aizan Mohd Nor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-13. Dicapai pada 2014-10-08.
  2. ^ "Masa Depan Lebuhraya Pan Borneo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-15. Dicapai pada 2014-10-08.
  3. ^ Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tumpu kawasan kerap kemalangan.