Pergi ke kandungan

Portal:Anime dan manga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Portal:Anime dan Manga)
Selamat Datang ke Portal Anime dan Manga
سلامت داتڠ کڤورتل انيمي دان مانڬا
Commons-tan
Apakah itu "anime" dan "manga"?
Wikipe-tan

Anime (アニメ) (Mengenai audio inidengar ) ialah animasi khas yang dihasilkan di Jepun. Perkataan Anime berasal daripada perkataan Inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang Jepun membaca perkataan animation sebagai a-ni-me-syun. Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" daripada perkataan pinjaman tersebut, maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari sinilah perkataan anime dilahirkan dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia. Contohnya, perkataan Television menjadi Terebisyun dalam Bahasa Jepun dan dipendekkan ke Terebi sahaja. Perkataan "anime" tampil dalam bentuk tulisan dalam tiga aksara Tulisan Katakana iaitu a, ni, me (アニメ).

Manga (漫画) (Mengenai audio inidengar ) merupakan perkataan komik dalam bahasa Jepun manakala di luar negara Jepun, perkataan tersebut digunakan khusus untuk merujuk komik Jepun. Perbezaan antara sebutan "manga' dan "komik" merupakan perbezaan berdasarkan tempat atau kelompok di mana manga lebih tertumpu kepada komik-komik Jepun (kadang-kala juga termasuk Asia) dan komik lebih kepada komik-komik buatan negara-negara Barat. Kebanyakan mangaka (penulis manga) di Jepun menggunakan gaya sederhana dalam menggambar manga. Walaupun begitu, hampir semua gambar latar belakang manga digambarkan secara realistik meskipun gambar perwatakannya benar-benar sederhana.

Rencana pilihan
Attack on Titan
Attack on Titan (進撃の巨人, Shingeki no Kyojin, lit. "Kemaraan Gergasi") ialah sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Hajime Isayama. Satu ratus tahun sebelum permulaan cerita, makhluk humanoid gergasi dipanggil Titan (巨人, Kyojin) telah memaksa manusia untuk berpindah ke tahap zaman pertengahan teknologi dan berundur ke dalam sistem sepusat Tembok (ウォール, Wōru) yang dikenali sebagai Tembok Maria (ウォール・マリア, Wōru Maria, paling luar), Tembok Rose (ウォール・ローゼ, Wōru Rōze, tengah), dan Tembok Sina (ウォール・シーナ, Wōru Shīna, paling dalam). Di dalam tembok ini, manusia hidup dalam keadaan aman untuk seratus tahun. Tetapi pada awal cerita, serangan secara tiba-tiba oleh gergasi Titan enam puluh meter dan Titan kecil yang dilindungi oleh plat perisai menyebabkan kejatuhan dinding paling luar, memaksa manusia untuk meninggalkan tanah antara Tembok Maria dan Rose, yang membawa kepada kelaparan dan kegawatan.
Watak pilihan
Zoro
Roronoa Zoro (ロロノア・ゾロ) (dipanggil Zoro) merupakan seorang watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan teman Monkey D. Luffy yang pertama menyertai Kumpulan Lanun Topi Jerami selepas satu insiden di sebuah pulau setelah Luffy menyelamatkannya dari tentera laut yang berada di bawah pimpinan kapten Morgan bertangan kapak yang kejam.
Biografi pilihan

Akira Toriyama (鳥山 明 Toriyama Akira) dilahirkan pada 5 April 1955 di Kiyosu, Aichi, Wilayah Aichi) ialah mangaka Jepun. Dia muncul buat pertama kalinya pada 1978 dengan cerita Wonder Island, disiarkan di majalah Weekly Shonen Jump, dan menjadi terkenal dengan Dr. Slump, disirikan secara mingguan di Shonen Jump dari 1980 sehingga 1984. Pada 1984, dia bertanggungjawab dalam menghasilkan Dragon Ball yang disirikan dalam Weekly Shonen Jump. Di Jepun, ia menjadi jualan terbaik pecah-rekod dengan melebihi 120 juta salinan telah terjual. Selain kejayaan di Jepun, siri ini berjaya di seluruh dunia juga, termasuk Amerika Syarikat dan Amerika Latin.

Tahukah anda
  • ... bahawa tokoh Robert Haydn dalam anime The Law of Ueki dimana namanya diambil dari nama seorang sasterawan Robert Hayden yang semasa kecilnya selalu didera?
  • ... bahawa manga Doraemon dicipta dan dihasilkan oleh Fujiko F. Fujio yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1969, mengandungi lebih daripada 1 300 cerita berbeza bagi setiap sirinya dan lebih daripada 1700 episod bagi animenya?
  • ... bahawa siri One Piece dicipta dan dihasilkan oleh Eiichiro Oda telah menerima anugerah Guinness World Records bagi "Salinan komik terbanyak"?
  • ... bahawa siri manga Naruto dicipta dan dihasilkan oleh Masashi Kishimoto telah tamat pada 10 November 2014 menghasilkan sebanyak 700 bab dan 72 buah jilid?
  • ... bahawa siri manga Detektif Conan dicipta dan dihasilkan oleh Gosho Aoyama pada pelan asalnya menamatkan siri ini pada 2007?
  • ... bahawa Son Goku watak dalam siri Dragon Ball merupakan watak idaman sebahagian otaku di seluruh dunia?
...Arkib
Gambar pilihan
Wikipe-tan, ialah maskot bukan rasmi di Wikipedia.
Wikipe-tan, ialah maskot bukan rasmi di Wikipedia.
Kredit: Kasuga

Wikipe-tan ialah antropomorfisme moe dari Wikipedia. Dalam animasi Jepun, watak "moe" ialah mereka yang direka untuk mendapatkan tindak balas perlindungan atau kasih sayang daripada penonton. Seperti kebanyakan watak-watak moe, Wikipe-tan direka untuk menjadi gadis comel.

Topik
Umum

Fandom anime dan manga • Konvensyen anime • Industri anime • Cosplay • Dōjinshi • Sejarah anime • Sejarah manga

Kumpulan demografi

Kanak-kanak • Josei • Seinen • Shōnen • Shōjo

Genre

Ecchi • Harem • Magical girl • Mecha • Yaoi • Yuri • Hentai

Lists
Syarikat anime • Konvensyen anime • Permainan video anime & manga • Jualan manga terlaris • Anime dan manga paling lama aktif • majalah manga
Senarai
Senarai

0-9

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O


P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z

Temukan lebih banyak judul anime dan manga Selengkapnya...


Catatan: Judul komik dengan pautan berwarna merah mengindikasikan bahawa rencana tersebut komik bersangkutan belum dibuat.
Judul komik dengan tanda * sebenarnya merupakan komik Korea (manhwa).
Kategori
Anime Manga
Memberi sumbangan
Projek Wikimedia
Portal lain
Projek Wiki anime dan manga merupakan satu Projek Wiki bagi memperbaiki kualiti rencana atau artikel yang bertopik dan berkaitan dengan anime dan manga. Marilah kita bergabung jika anda ingin berkhidmat dalam rencana mengenai anime ataupun manga. Sebarang perbincangan dan pandangan boleh dikemukan di laman ini.

Filem Opera Seni
Sastera Jepun Muzik klasikal